Polis menemui mayat wanita warga asing berhampiran jejantas menghala ke Melawati Mall pada Ahad selepas menerima aduan orang awam yang hadir ke Balai Polis Taman Melawati.<br /><br />Bagaimanapun, menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, tiada kesan jenayah pada mayat tersebut selepas aduan dibuat jam 2.14 petang.